Total Pageviews

Saturday, December 10, 2011

Menukar minyak enjin

Menukar Minyak Enjin

Memeriksa dan menukar minyak enjin selalu adalah di antara cara untuk menjaga enjin kereta supaya dapat bertahan lama. Ini adalah kerana kebocoran enjin memerlukan kerja pembaikan yang mahal dan kadangkala memerlukan enjin yang baru.

Enjin kereta dihasilkan untuk memenuhi keperluan pembuat kereta. Oleh itu, ianya perlu ditukar mengikut cadangan mereka.

Mengikut teori, cara yang paling baik untuk menukar enjin kereta bergantung kepada beberapa fakta seperti jenis pemanduan, penggunaan enjin dan kualiti petrol yang digunakan. Selalunya jarak perjalanan kereta tidak begitu penting. Malangnya jarak purata waktu penghabisan minyak hanyalah berdasarkan jenis pemanduan. Jika keadaan pemanduan bertambah teruk, minyak enjin perlulah ditukar sekerap mungkin untuk mengekalkan perlindungan maksima dan kebersihan enjin.


Alatan yang diperlukan:
-Minyak enjin
-Kain bersih
-Bicu
-Takung pengering minyak
-Corong
Peringatan:
-Sentiasa mematikan enjin kereta sebelum memeriksa atau menukar minyak enjin
-Berhati-hati jika enjin masih panas
-Pegang bekas minyak enjin terpakai dengan hati-hati
-Periksa aras minyak sebelum menghidupkan enjin kerana minyak yang sedikit boleh merosakkan enjin


Cara untuk menukar minyak enjin:




  • Hidupkan enjin selama 10 minit sebelum membuang minyak enjin terpakai. Minyak yang panas lebih senang dibersihkan daripada minyak yang sejuk



  • Letakkan kereta di permukaan yang rata dan matikan enjin



  • Jika kereta anda rendah, tinggikan sedikit dengan menggunakan bicu dan sokongnya dengan stabil



  • Buka hud kereta



  • Masuk ke bawah kereta apabila ia sudah disokong dengan kuat



  • Kenalpasti lokasi takung pengering minyak di bahagian bawah enjin



  • Longgarkan palam salir dengan menggunakan perengkuh dan letakkan takung pengering minyak di bawahnya



  • Tanggalkan palam salir dengan tangan untuk mengalirkan minyak panas.



  • Salirkan minyak ke dalam taking pengering minyak



  • Pasangkan semula palam salir.



  • Ketatkan ia menggunakan perengkuh tetapi jangan terlalu ketat



  • Tanggalkan tukup pengisi minyak



  • Letakkan corong di permukaannya dan masukkan minyak baru



  • Tutupkan pengisi minyak apabila penuh



  • Hidupkan enjin dan periksa batang celup. Tambahkan minyak jika perlu

    No comments:

    Post a Comment